Gadaian Emas Islam
Ar-Rahnu KDE: Sistem Gadaian Emas
Ar-Rahnu Koperasi Dagang Emas (KDE) merupakan satu sistem gadaian Islam untuk memudahkan anda membuat pajakan emas. Sistem gadaian patuh syariah ini menawarkan tempoh gadaian panjang selama 6+2 bulan.
Kelebihan
Mengapa Anda Perlu Memilih Ar-Rahnu KDE?
- Tidak mengenakan kadar faedah (unsur riba)
- Gadaian mengikut syariah
- Pinjaman sehingga 65% daripada nilai marhun
- Had pembiayaan terkumpul sehingga RM250,000.00
- Tiada kos tersembunyi
- Bayaran ansuran diterima
- Menerima semua jenis emas (18K – 24K)
- Menerima jongkong perak
- Perlindungan insuran
Selepas Penebusan
2 Opsyen Selepas KDE Menebus Surat Pajak Anda
Koperasi Dagang Emas (KDE) & Public Gold juga ada menawarkan kemudahan menebus surat pajak anda di mana-mana Ar-Rahnu.
Setelah KDE menebus surat gadaian anda, anda ada 2 opsyen.
- Menggadaikan emas anda ke Koperasi Dagang Emas.
- Anda terus jual emas yang ditebus kepada Public Gold.
Pendaftaran ahli Public Gold adalah percuma dan terbuka kepada umur 18 tahun ke atas.