FAQ
Soalan Lazim
Jawapan kepada soalan yang sering ditanya mengenai simpanan emas dan Akaun GAP.
Apa beza harga akaun emas GAP dan harga emas fizikal?
Harga GAP berubah setiap hari pada jam sekitar 12 malam sementara harga fizikal berubah setiap 20 minit, oleh itu dalam satu-satu masa, harga GAP lebih rendah atau tinggi dari harga fizikal.
Selain itu, harga GAP sama bagi setiap gram, tetapi harga fizikal tidak sama. Lebih besar gram emas fizikal, lebih rendah harga per gram.
Emas simpanan 999 atau emas perhiasan 916, mana lebih baik?
Beza paling ketara ialah kualiti emas tersebut. Emas simpanan biasanya berkualiti emas 24k atau emas 999, tetapi emas perhiasan biasanya berkualiti emas 22k atau emas 916. Emas perhiasan mempunyai caj upah yang lebih tinggi, kurang sesuai untuk dijadikan simpanan dengan harapan pulangan tinggi.
Bila waktu paling sesuai untuk beli emas?
Sebenarnya waktu paling sesuai beli emas ialah bila kita ada duit saving yang takkan digunakan dalam masa terdekat. Kalau nak tunggu harga rendah, tak siapa tahu esok harga akan rendah atau tinggi.
Apa beza dinar emas dan emas gold bar?
Beza paling ketara ialah ukuran dan design. 1 dinar = 4.25 gram. Dari segi design, set dinar bentuk bulat sementara gold bar Bungamas atau Tai Fook bentuk petak.
Adakah wajib bayar zakat untuk akaun GAP?
Emas dalam bentuk akaun GAP mahupun fizikal, gold bar atau dinar, jika jumlah emas simpanan cecah 85 gram atau lebih, dan cukup setahun, wajib bayar zakat pada kadar 2.5% daripada harga semasa. Maklumat lanjut di Zakat.com.my.
Bagaimana cara daftar sebagai ahli Public Gold?
Apa itu spread emas?
Spread emas ialah beza antara harga beli dan harga jual emas pada waktu yang sama.
Bagaimana cara buka akaun untuk anak (bawah 18 tahun)?
Boleh daftar Public Gold junior account di sini.
Apa beza akaun GAP biasa dengan akaun GAP Junior?
Akaun GAP biasa adalah untuk penyimpan 18 tahun dan ke atas sementara akaun GAP Junior untuk penyimpan bawah 18 tahun. Maklumat ibu/bapa/penjaga perlu ditambah dalam pendaftaran akaun GAP Junior.
Bagaimana dengan akaun Public Gold jika penyimpan meninggal dunia?
TUNTUTAN EMAS DI PUBLIC GOLD [ JIKA BERLAKU KEMATIAN ]
Jika ada berlaku kematian pada penyimpan emas GAP, dokumen yang diperlukan oleh waris untuk menuntut emas di branch Public Gold adalah:
- Sijil Kematian
- Sijil Perkahwinan [ Suami/Isteri ], [ jika anak adalah pewaris maka kemukakan surat beranak ]
- Salinan IC pewaris
- Surat mahkamah – pindah milik / tadbir harta simati kepada pewaris [ isteri/anak-anak ]
Setelah semua dokumen ada, serahkan semua dokumen lengkap kepada Public Gold di branch yang berdekatan untuk proses pindah milik.
Jika Ada Buat Easy Payment Purchased [ EPP ], waris boleh juga buat tuntutan. Ada 2 kemungkinan;
[a] Jual kembali kepada Public Gold pada harga semasa tolak 10% penalti atau
[b] Waris boleh buat pembayaran baki nilai emas dan menuntut emas tersebut.
*Tertakluk kepada perubahan terma & syarat dari Public Gold International Berhad.
Apa itu akaun emas GAP?
Akaun Gold Accumulation Program (GAP) merupakan kaedah simpan emas paling mudah dan paling murah di Malaysia. Ia disahkan patuh syariah.
Kelebihan Akaun Emas GAP:
- Boleh mula beli & simpan emas fizikal secara online dengan bajet minimum RM100
- Tak ada syarat wajib beli setiap bulan. Boleh beli & jual bila-bila masa secara online.
- Emas tu boleh simpan dengan PG secara percuma. Tak ada had belian & tak ada had tempoh masa untuk simpan.
- Kalau beli 1 gram, emas tu kekal 1 gram dalam akaun walaupun harganya dah berubah.
- Kalau nak keluarkan emas tu & simpan sendiri pun boleh. Boleh keluarkan bila-bila masa.
- Boleh keluarkan emas fizikal paling kecil gold bar 1 gram, paling besar emas 1 kilo. Item dinar pun boleh. Asalkan cukup baki dalam akaun.
- Boleh minta PG poskan emas terus ke rumah melalui servis dinamakan GIT (Gold In Transit).
Masih ada persoalan?
Hubungi saya melalui WhatsApp untuk pertanyaan lanjut.